27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PKP separuh masak terbukti gagal, kenapa ulangi lagi?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara separuh masak hanya akan melanjutkan kesengsaraan rakyat secara berpanjangan.

Menurut beliau, situasi itu telah dibuktikan semasa pelaksanaan PKP 2.0 dahulu.

Seperti yang dijelaskan oleh Najib, ketika PKP 3.0 diumumkan pada 5 Mei lalu, sebanyak 313 kes jangkitan positif baharu COVID019 dicatatkan di Kuala Lumpur.

Kemudian, apabila PKP 3.0 bermula pada 7 Mei, jumlah kes baharu di Kuala Lumpur melonjak kepada 436 kes.

Pada 20 Mei, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 655 kes jangkitan positif baharu COVID-19 sebelum melonjak lagi kepada 760 kes semalam.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kewajaran kerajaan melaksanakan PKP 3.0 secara separuh masak yang dilihat kurang berkesan mengawal penularan COVID-19 di ibu negara.

“Semalam, kes baharu masih dalam trend menaik. Pengorbanan warga Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu disia-siakan sahaja.

“Jika kaedah terbukti gagal, kenapa diteruskan dan diulangi kegagalan?

“Yang perlu tanggung kegagalan bersambung kegagalan ini adalah rakyat dan frontliners yang sudah diambang rebah.

“Adakah nyawa, keselamatan dan kehidupan rakyat serta frontliners tidak lagi bermakna?” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan