30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kelas Digital Mahir Tutor untuk pelajar SPM Wilayah Persekutuan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kelas Digital Mahir Tutor dipilih sebagai antara inisiatif baharu Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0.

Kelas digital kelolaan Planet Mahir Sdn Bhd itu, ditawarkan secara percuma menerusi inisiatif berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Planet Mahir, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, kelas digital khusus untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ini sebagai bantuan kepada mereka yang terkesan dengan penutupan sekolah akibat Covid-19.

“Kami menyediakan bantuan kelas digital ini kepada semua calon SPM di Wilayah Persekutuan sebagai inisiatif untuk meringankan beban pelajar dan juga ibu bapa mereka dalam persekitaran yang agak sukar sekarang ini akibat pandemik Covid-19”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif itu jelasnya beliau, akan bermula pada 1 Jun 2021 sehingga tamat peperiksaan SPM.

Pengumuman mengenai inisiatif Wilayah Cakna 5.0 itu telah dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri TPr Annuar Musa pada Selasa, 25 Mei 2021.

Kelas Digital Mahir Tutor merangkumi sepuluh subjek teras, wajib lulus dan subjek kritikal seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Tambah beliau, kesemua kelas pembelajaran SPM Mahir Tutor itu telah dirakam dalam bentuk ‘video on demand’ yang akan membolehkan pelajar untuk mengaksesnya pada bila-bila masa , menngunakan semua jenis peranti dan juga boleh berinteraksi dengan tutor melalui ‘live chat’.

“Kita telah menyediakan video yang lengkap untuk memudahkan semua pelajar mengaksesnya untuk proses pembelajaran yang lebih lancar dan berkesan.

“Saya yakin para pelajar tidak akan menghadapi masalah dari segi akses jalur lebar kerana seluruh Wilayah Persekutuan mempunyai rangkaian jalur lebar yang terbaik, jadi tidak akan timbul isu pelajar tidak boleh mengakses video subjek-subjek tersebut”.

Inisiatif itu menurut beliau lagi, turut melibatkan pelajar SPM di Putrajaya dan juga di Labuan.

Selain itu katanya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan melaksanakan pemasangan Wi-Fi percuma di semua lokasi terlibat.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan medianya mengumumkan tujuh inisiatif di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0.

Antara inisiatif itu termasuk Saringan Komuniti Bersasar Covid-19, Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah, Program Vaksinasi Gelandangan, Kelas Digital SPM MAHIR Tutor, Wilayah Bebas Berniaga, Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemantauan serta Penguatkuasaan SOP. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan