24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aplikasi PULSE diperluas ke Rapid Penang, Kuantan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Aplikasi perancang perjalanan, PULSE, atau ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ yang diperkenalkan kepada para pengguna perkhidmatan rel dan bas Rapid KL pada 17 Disember tahun lepas, kini diperluaskan fungsinya merangkumi perkhimatan Rapid Penang di Pulau Pinang meliputi Seberang Prai dan Rapid Kuantan di Pahang.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datin Norlia Noah berkata, dengan fungsi ini, PULSE memudahkan para pengguna di Pulau Pinang dan Kuantan termasuk kawasan sekitarnya seperti Bandar Diraja Pekan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

“Aplikasi berkenaan sekali gus mengoptimumkan masa mereka dengan lebih produktif,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Aplikasi PULSE mempunyai beberapa fungsi penting bagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana seperti perancang perjalanan, penjejak waktu ketibaan masa sebenar untuk perkhidmatan bas dan rel, paparan notifikasi atau ‘push notifications’ dan kalkulator tambang.

Ia turut memaparkan peta stesen-stesen tren dan hab bas serta tempat-tempat menarik di persekitarannya seperti pusat membeli-belah, tempat makan dan santai serta lokasi tarikan pelancong bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan dan aktiviti mereka.

PULSE

Norlia menambah, sejajar dengan pelan digitalisasi tiga tahun bagi PULSE, ia akan dikembangkan lagi pada masa hadapan dengan pelbagai inisiatif yang akan diperkenalkan oleh Prasarana sebagai menghargai sokongan para pengguna.

“Antara lain, PULSE akan dilengkapi dengan fungsi pembelian atas talian, program kad kesetiaan, promosi dan ganjaran dengan rakan-niaga, ‘plug-in’ bagi akaun media sosial para pengguna dan gamifikasi.

Advertisements

“Penambahbaikan pula, terutamanya dari segi meningkatkan kepantasan kami untuk berkongsi maklumat tentang status perkhidmatan dan maklumbalas dengan pengguna, dilakukan secara progresif supaya PULSE kekal menjadi aplikasi pilihan para pelanggan pengangkutan awam kendalian Prasarana,” jelasnya.

Beliau memberitahu, dalam kepesatan perkembangan dunia digital, aplikasi PULSE menjadi wadah terbaik buat Prasarana bukan sahaja dalam penyampaian maklumat yang lebih pantas dan tepat, malah menjadi bukti iltizam syarikat untuk kekal relevan kepada para pelanggan dan orang awam.

“Ia mengangkat penanda aras dalam perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini selaras dengan aspirasi Prasarana untuk menggalakkan lagi orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2030,” katanya.

Setakat ini, PULSE telah dimuat turun lebih 20,000 kali oleh pengguna pengangkutan awam khususnya di Lembah Klang, yang merangkumi semua perkhidmatan tren dan bas di bawah seliaan Rapid KL termasuk LRT, MRT dan monorel serta bas BRT, GoKL dan Smart Selangor.

Serentak dengan pelancaran versi terbaharu PULSE, pengguna yang memuat turun aplikasi ini berpeluang menyertai kempen promosi yang dinamakan “Mana Oyen?”, bermula dari 23 hingga 30 Julai 2021.

Tiga penyertaan lengkap dan dengan jawapan yang betul dari setiap lokasi (Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan) akan memenangi hadiah misteri; manakala lima puluh (50) penyertaan terawal secara keseluruhan akan mendapat Kad My Rapid Touch ‘n Go edisi terhad.

Aplikasi PULSE by Prasarana boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan