24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

ADUN Selangor hantar bantuan sampai ke hutan simpan di Lipis?

Mesti Baca

Pemuda UMNO Pahang desak siasatan penuh, telus dilakukan

CYBERJAYA – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Selangor ditangkap bersama 29 individu lain kerana didapati memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang tanpa permit, semalam.

Tangkapan dilakukan Pejabat Hutan Daerah Lipis bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 8 pagi semalam, ketika kumpulan terbabit berada Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan, Kuala Lipis.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, turut disita 11 kenderaan pacuan empat roda yang digunakan kumpulan terbabit memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai tanpa kebenaran kira-kira 11 pagi kelmarin.

“Difahamkan kumpulan terbabit berkunjung ke Pos Lenjang yang terletak dalam Hutan Simpan Ulu Jelai bertujuan untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk orang asli di pos berkenaan.

“Semua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan bagi saringan kesihatan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 keperluan permit memasuki hutan simpan dan Seksyen 88 kuasa menangkap, menyita dan menyiasat APN,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Pahang musykhil dengan tindakan ADUN yang telah meninggalkan partinya itu untuk menyampaikan bantuan sehingga ke kawasan hutan simpan di negeri ini.

Rombongan dipercayai turut bermalam di kawasan hutan simpan kekal tersebut. – Sumber: Media Sosial

“Apa tujuan mereka memasuki kawasan hutan simpan di waktu seperti ini (tengah malam) merupakan suatu tanda tanya.

Advertisements

“Jika mahu beri bantuan adakah rakyat diwakilinya di Selangor sudah menerima bantuan sepenuhnya?,” kata pergerakan itu menerusi Facebook.

Bagaimana kumpulan terbabit dapat merentas negeri dan memasuki hutan simpan kekal berkenaan turut menjadi persoalan Pemuda UMNO Pahang.

Ada kalangan individu terbabit memakai baju serta menampal pelekat sebuah parti politik.

“Siapa yang memberi kebenaran untuk mereka merentas negeri, daerah dan masuk ke kawasan hutan simpan kekal tersebut yang mana kami sendiripun perlu memohon kebenaran walaupun bagi tujuan menyalurkan bantuan serta program berkaitan pendaftaran vaksin,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Pahang menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh serta mengenakan hukuman setimpal terhadap kumpulan terbabit.

Mohd Hizamri berkata, siasatan masih lagi diteruskan bersama pihak PDRM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan