29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Pasai apa ‘keras kepala’ sangat, nak jugak balik kampung!

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

TERKEBIL-KEBIL Tok Aba bila baca berita Tok Mail TPM kita kata, 4,839 kenderaan yang cuba rentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung sambut Aidiladha diarah berpatah balik, Jumaat lepas.

Tok Aba tak faham pasai apa depa ‘keras kepala’ sangat. Semua orang dah ingatkan jangan balik raya. Dr. Noor Hisham dah cakap, PM kita Tok Din dah rayu, polis dah bagi amaran.

Kerajaan tak bagi balik kampung bukan pasai tak bagi depa beraya tapi la ni tengah Covid-19. Sabaqlah sat, nak buat macam mana, bukan depa saja nak raya berjuta lagi umat Islam lain pun raya jugak, tapi depa sabaq patuh nasihat jangan balik kampung takut Covid merebak.

Tapi dalam kalangan kita ada macam ‘tak ada akai’ nak juga gatai-gatai balik, macam la mati kalau tak boleh balik raya di kampung sedangkan bila depa balik mungkin depa boleh bagi orang lain mati, mana depa tau depa ada Covid ka dak…

Sebab tu lah  Dr.Noor Hisham kata jangan sampai terkorban pada hari raya korban. Kita nak jaga orang tua kita dan sayang kat orang kampung supaya tak kena Covid. Jadi kerajaan larang la jangan balik kampung lagi… nanti bila dah reda…semua dah cucuk vaksin balik la kampung.

Tok Aba sakit hati bila baca berita orang try nak balik kampung ni… sebab Tok Aba kesian kat nurse, doktor, polis, tentera dan lain-lain yang siang malam berkorban nak kawal Covid tapi ada orang kita macam tak peduli. \

Baca juga:   Jangan angkuh, usah lupa jasa UMNO terhadap Bersatu
Baca juga:   Kenapa Mahathir ‘kemaruk’ nak jadi PM walaupun mungkin hanya 130 hari?

Yang orang larang tu yang depa nak buat, bila kena saman, kena suruh patah balik, mula nak marah, tapi yang depa cari pasai nak rentas negeri tu… depa tak mau kira.

Tok Aba pun ada anak cucu kat KL dan setahun lebih dah sejak Covid-19, Tok Aba tak jumpa, Tok Aba relaks saja, bukan tak rindu, bukannya tak sayang tapi Tok Aba faham, kalau depa balik bawa penyakit buat apa nanti satu kampung kena Covid, sapa nak jawab?

Tok Aba nak cadang kat polis , jangan suruh patah balik saja, saman terus,  bagi puak-puak ‘keras kepala’ ni faham sikit pasai undang-undang. Kalau depa faham undang-undang depa tak buat macam tu menyusahkan kat orang.

Tok Aba nak habaq ni, bukan kita sahaja larang orang balik kampung, negara-negara lain pun dah buat sekatan tak bagi rentas daerah, negeri… sebab la ni ada varian baru cepat merebak. Jadi tok sah la dok meracau dok tuduh kerajaan gagai (gagal)…awat negara lain kerajaan depa gagai jugak ka bila kes Covid merebak.

Sapa nak jawab kalau ramai curi-curi balik kampung lepas tu kes meningkat macam sebelum ini, mesti ada yang salah kerajaan, lepas tu mula la ada puak dok meroyan menjerit kerajaan gagal, kerajaan gagal…tetapi yang gagal tu bukan kerajaan tetapi tu puak yang orang kampung Tok Aba kata ‘’ketegaq’’ (degil). 

Baca juga:   Kecelaruan fikiran seorang tua bernama Mahathir

Yang gagal tu orang yang ada ‘krisis identiti’…dok dalam kerajaan perangai macam pembangkang.

Cakap ‘bantai’ orang memang syok… tuduh kerajaan macam-macam, suruh tukaq PM la, suruh menteri letak jawatan la, macam-macam lagi..macam la depa baguih sangat. Yang setengah dok cakap banyak tu…parti sendiripun dah nak porak peranda.

Dulu masa ada kuasa tak mau jaga betui-betui, la ni orang pelawa masuk kerajaan..nak besar kepala pulak..nak tunjuk depa pandai, depa saja boleh perintah negara…PM dari parti depa saja baguih.

Baca juga:   Pertimbang banyak perkara sebelum terima Bersatu - Asyraf Wajdi

Yang seronok Tok Aba tengok tu, yang banyak cakap ni pilihan raya pun kalah, bukan kata kalah tak dipilih bertanding pun ada lepas tu cakap macam dia ‘paling terror’…betui la perangai tin kosong.

Tok Aba nak pesan orang-orang politik yang dok kacau kerajaan buat kerja, boleh dak hangpa dok diam sat, menyampah dah orang kampung dok baca macam-macam hangpa dok cakap pasai kerajaan. Orang nak lawan Covid, hangpa dok kalut nak tukaq PM..pening sungguh.

Yang dok sibuk nak balik kampung pula, Tok Aba nak pesan tok sah la cari penyakit dengan bawa penyakit bagi orang lain berjangkit. Sabaqla sat. Lepas ni semua ok, balik kampung…macam orang kampung Tok Aba cakap….’sabaq subuq, tak sabaq masuk kubuq’! Salam Aidiladha..

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan