29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Netanyahu bakal tersingkir, pembangkang bentuk gabungan baharu

Mesti Baca

JERUSALEM – Perdana Menteri rejim Zionis Israel, Benjamin Netanyahu bakal disingkirkan setelah pembangkang berjaya mencapai kata sepakat untuk membentuk gabungan kerajaan yang baharu.

Memetik laporan AP, pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Yair Lapid dan sekutu utamanya, Naftali Bennett sejurus sebelum tengah malam tadi.

Langkah itu sekali gus menghalang daripada penganjuran pilihan raya umum kelima di Israel dalam masa dua tahun.

“Kerajaan ini akan berkhidmat untuk semua rakyat Israel, sama ada mereka yang mengundi untuknya atau tidak. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menyatupadukan rakyat Israel,” kata Lapid.

Perjanjian itu masih perlu diluluskan oleh Parlimen Israel atau Knesset melalui proses undian yang dijangka berlaku awal minggu depan.

Jika ia diluluskan, Lapid dan sekutu-sekutunya akan mengakhiri rekod Netanyahu selama 12 tahun memegang jawatan Perdana Menteri.

Tempoh yang paling panjang dalam sejarah negara haram Israel itu turut dicemari dengan kegagalan pentadbiran Netanyahu menjamin keselamatan pendatang haram Yahudi daripada serangan balas oleh Hamas baru-baru ini.

Netanyahu yang dalam keadaan terdesak untuk kekal berkuasa walaupun sedang berdepan skandal rasuah dijangka akan melakukan apa sahaja untuk menghalang gabungan baharu tersebut membentuk kerajaan.

Situasi di negara haram Israel masih dalam keadaan huru-hara selepas perang selama 11 hari dengan pejuang pembebasan Hamas di Gaza bulan lalu.

Selain itu, keganasan yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi terhadap orang Arab mencetuskan suasana tidak tenteram di Tebing Barat.

Krisis yang berlaku akibat pandemik COVID-19 turut menyebabkan negara haram Israel berdepan masalah ekonomi yang besar.

Ketegangan juga semakin memuncak antara puak sekular yang membentuk kelompok majoriti dengan minoriti ultra-Ortodoks.

Menerusi perjanjian gabungan baharu itu, Lapid dan Bennett akan menyandang jawatan Perdana Menteri secara bergilir-gilir.

Bennett yang juga bekas sekutu Netanyahu akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun pertama manakala Lapid menyandang jawatan Perdana Menteri untuk dua tahun berikutnya sehingga penggal berakhir.

Walau bagaimanapun, para pemerhati agak skeptikal tentang keupayaan gabungan yang rapuh itu dapat bertahan sehingga empat tahun.

Sejarah bakal dicipta apabila sebuah parti Islam, United Arab List bakal menjadi anggota gabungan kerajaan baharu itu.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan