27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Petisyen mohon lanjut pengeluaran i-Sinar hingga Disember

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seorang individu telah membuat petisyen melalui laman sesawang change.org bagi memohon kerajaan melanjutkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah program i-Sinar sehingga hujung tahun ini.

Setakat ini, hampir 20,000 orang telah menandatangani petisyen yang dimulakan oleh individu yang menggunakan nama Nell Shamander tiga hari lalu.

Menurut Nell, berikutan kes COVID-19 yang melanda negara, Malaysia sekali lagi telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) untuk membendung penularan gelombang ketiga wabak tersebut.

Dia berkata, ramai rakyat yang telah terkesan dengan pandemik yang melanda negara sejak tahun lepas.

Nell memberitahu, PKP 3.0 sekali lagi memberi tekanan yang amat besar kepada rakyat.

“Rakyat memohon agar pihak kerajaan melanjutkan pengeluaran KWSP iaitu i-Sinar sehingga hujung tahun 2021 tanpa sebarang syarat untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang telah kehilangan pekerjaan, perniagaan serta pengurangan gaji dan seterusnya menjalani kehidupan baru seperti biasa.

“Diharap dengan inisiatif ini, rakyat mampu bergerak sekali lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup yang telah terjejas akibat pandemik yang melanda ini.

“Rakyat berharap agar pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan ini dan memberi respon segera. Ramai yang diluar sana tertunggu-tunggu berita baik dari pihak kerajaan,” katanya.

Petisyen tersebut boleh ditandangani melalui pautan Petition · Menteri Kewangan Malaysia: Mohon Kerajaan lanjutkan i-Sinar untuk rakyat hadapi pandemik gelombang ke 3.

Petisyen yang dimulakan oleh Nell Schamander di change.org

Pada 18 Februari lalu, KWSP mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, KWSP memberitahu, ia termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

‘’KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,’’ kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal iaitu:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sebahagian besar pencarum KWSP telah menerima bayaran terakhir i-Sinar mereka bulan ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan