28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Khairuddin saman fitnah Hussin Dkelah RM10 juta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengemukakan tuntutan saman RM10 juta terhadap pemilik akaun Facebook ‘Hussin Dkelah’ yang didakwa memfitnah beliau melalui hantaran yang disiarkan pada 28 Mei lalu.

Notis tuntutan saman bertarikh 8 Jun tersebut dikemukakan oleh sebuah firma guaman kepada individu bernama Hussin Shafie.

Hussin dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berniat jahat dan berunsur fitnah berhubung isu sekatan jalan raya di Perasing, Kemaman yang boleh menjejaskan reputasi Mohd Khairuddin.

Kenyataan berunsur fitnah jahat tersebut telah diterbit semula, dimuat turun, dicetak dan dikongsi dengan meluas oleh masyarakat di dalam dan luar negara.

Setakat 2 Jun lalu, kenyataan fitnah berkenaan telah dikongsi sebanyak 5,336 kali melalui Facebook.

Menurut notis tuntutan berkenaan, fitnah yang juga dikaitkan dengan seorang usahawan wanita bukan sahaja berniat jahat malah merupakan kenyataan palsu dan menyerang peribadi dengan tujuan menggugat keharmonian rumah tangga Mohd Khairuddin.

Kenyataan fitnah yang disiarkan oleh pemilik akaun Facebook Hussin Dkelah telah mendedahkan Mohd Khairuddin kepada kebencian, cemuhan dan penghinaan dalam kalangan pengguna Facebook dan masyarakat.

Selain tuntutan saman RM10 juta, Mohd Khairuddin turut meminta Hussin memadamkan atau menghapuskan kenyataan fitnah berkenaan dengan serta-merta.

Advertisements

Hussin juga diminta membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah tersebut mengikut cara yang dipersetujui oleh Mohd Khairuddin dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis tuntutan.

Dia turut diminta memberi jaminan dan aku janji secara bertulis bahawa tidak akan mengulangi penerbitan kenyataan fitnah atau tuduhan yang sama terhadap Mohd Khairuddin dalam tempoh tujuh hari dari tatikh notis tuntutan.

Prosiding undang-undang akan diteruskan terhadap pemilik akaun Facebook Hussin Dkelah sekiranya dia gagal memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan terhadapnya.

Sebelum ini, Mohd Khairuddin menuntut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membayar saman RM10 juta sebagai ganti rugi terhadap dua kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkannya baru-baru ini.

Mohd Khairuddin mengemukakan notis tuntutan bertarikh 8 Jun 2021 itu melalui sebuah firma guaman.

Merujuk kepada notis tuntutan berkenaan, kenyataan fitnah pertama dan kedua dikesan dalam akaun Facebook ‘Mahfuz Omar’ yang dipercayai milik pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tersebut.

Mahfuz dikatakan dengan niat jahat ingin memburuk-burukkan dan memfitnah Mohd Khairuddin dengan menerbitkan kenyataan berkenaan dalam laman Facebook pada 31 Mei lalu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan