25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Siar 2 kenyataan fitnah, Khairuddin saman Mahfuz RM10 juta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menuntut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membayar saman RM10 juta sebagai ganti rugi terhadap dua kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkannya baru-baru ini.

Mohd Khairuddin mengemukakan notis tuntutan bertarikh 8 Jun 2021 itu melalui sebuah firma guaman.

Merujuk kepada notis tuntutan berkenaan, kenyataan fitnah pertama dikesan dalam akaun Facebook ‘Mahfuz Omar’ yang dipercayai milik pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tersebut.

Mahfuz dikatakan dengan niat jahat ingin memburuk-burukkan dan memfitnah Mohd Khairuddin dengan menerbitkan kenyataan berkenaan dalam laman Facebook pada pukul 9.45 pagi, 31 Mei lalu.

Khairuddin Aman Razali Mahfuz Omar
Gambar: Facebook

Kenyataan fitnah itu telah diterbit semula, dimuat turun, dicetak dan dikongsi dengan meluas oleh masyarakat di seluruh Malaysia dan peringkat antarabangsa di mana ia dikongsi 79 kali melalui Facebook setakat 1 Jun lalu.

Berikutnya, Mahfuz dikatakan telah mengeluarkan kenyataan fitnah kedua terhadap Mohd Khairuddin melalui rakaman video berhubung isu hartanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang disiarkan dalam laman Facebook yang sama pada pukul 10.45 malam, 31 Mei lalu.

Advertisements
Mahfuz
Gambar: Facebook

Kenyataan fitnah kedua itu telah diterbit semula, dimuat turun, dicetak dan dikongsi dengan meluas oleh masyarakat di seluruh negara dan dunia di mana ia dikongsi sebanyak 920 kali melalui Facebook setakat 2 Jun lalu.

Firma guaman berkenaan menyatakan, kedua-dua kenyataan fitnah tersebut telah menjatuhkan imej dan reputasi Mohd Khairuddin.

Selain itu, dua kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mahfuz telah mendedahkan Mohd Khairuddin kepada kebencian, cemuhan dan penghinaan sehingga boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada beliau.

Di samping menuntut ganti rugi RM10 juta, Mohd Khairuddin turut meminta Mahfuz memadamkan atau menghapuskan kenyataan fitnah pertama dan kedua dengan serta-merta.

Mahfuz juga diminta membuat permohonan maaf dan menarik balik kedua-dua kenyataan fitnah terbabit serta memberi jaminan dan aku janji secara bertulis tidak akan mengulangi penerbitan kenyataan fitnah atau tuduhan yang sama terhadap Mohd Khairuddin dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh notis tuntutan.

Firma guaman berkenaan menyatakan, prosiding undang-undang akan dimulakan sekiranya Mahfuz gagal memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan