24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

LKM sasar hasil 10 inovasi baharu IoT, IR4.0

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PUTRAJAYA – Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan untuk menghasilkan lebih daripada 10 inovasi atau teknologi baharu berasaskan kepada prinsip ‘internet of things’ (IoT) dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), selari dengan perkembangan pemasaran menggunakan platform e-dagang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pasaran e-dagang di Malaysia juga semakin mendapat perhatian dan dijangka meningkat berikutan pandemik COVID-19 serta peningkatan penggunaan telefon pintar dan capaian internet.

Menurut beliau, kerjasama dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan telah diterjemahkan ketika ini dalam bentuk pelaksanaan dengan mengoptimumkan kepakaran dan keupayaan di antara LKM dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi mendapatkan suatu perubahan berimpak tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Di samping itu, kerjasama di antara pihak industri juga dipertingkat bagi menghasilkan lebih banyak produk yang memenuhi kehendak pasaran dan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.

“Lantas, kerjasama dan komitmen serta persefahaman sedemikian akan menghasilkan impak yang tinggi sekaligus mempercepat pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan daya saing negara,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Tahunan Saintas LKM 2021(MASW 2021) secara maya di sini, hari ini.

LKM

Tambah beliau, LKM telah mengadakan pelbagai kerjasama di peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam Asia-Pacific Regional Cocoa Breeding, MARS Singapore dan International Atomic Energy Agency, Austria.

Di samping itu, katanya, LKM juga telah meningkatkan aktiviti penyelidikan bersama universiti atau institusi penyelidikan terkenal dalam bidang pembangunan biji koko berperisa dan unik. Saya dimaklumkan bahawa kerjasama di antara LKM bersama universiti tempatan seperti Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Sabah telah sedia terjalin di samping beberapa universiti lain yang sedang dirancang.

“Saya berharap pengisian program MASW 2021 akan dapat meningkatkan kefahaman para penyelidik LKM dalam aktiviti pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Oleh itu, sesi latihan, pembelajaran dan perkongsian seperti ini wajar diteruskan agar dapat membentuk warga penyelidik yang lebih jitu dan berwawasan.

“Momentum dari inisiatif kolaborasi di antara LKM dan MTDC perlu diteruskan untuk menyemarakkan lagi budaya R&D serta komersialisas,” jelasnya.

Advertisements

Mohd Khairuddin berkata, projek penyelidikan dan pembangunan LKM telah bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan sehingga kini 105 projek dengan peruntukan sebanyak RM75.3 juta dijalankan.

Menurut beliau, sebanyak 17 projek R&D yang bernilai RM42.7 juta telah dilaksanakan serta 630 penerbitan berimpak tinggi serta laporan teknikal telah dihasilkan sepanjang RMK-11.

Manakala, sembilan projek penyelidikan dan pembangunan bernilai RM14.1 juta sedang dilaksanakan di bawah RMKe-12,” ujarnya.

Beliau turut dimaklumkan bahawa penyelidikan LKM telah menerima 60 pengiktirafan di dalam dan luar negara bagi inovasi dan teknologi yang dihasilkan melalui aktiviti R&D.

Mohd Khairuddin menambah, selain itu, 38 inovasi dan teknologi yang dihasilkan di bawah RMK-11 telah memperoleh hak harta intelek.

“Selaras dengan hala tuju LKM sebagai agensi unggul dalam R&D berkaitan koko, penyelidikan berasaskan permintaan pasaran serta penghasilan produk dan teknologi yang dapat dikembangkan sehingga ke tahap pengkomersialan telah dimulakan sejak 2014.

“Berikutan itu, 63 teknologi dan produk telah dibangunkan bagi menghasilkan klon koko baharu, teknologi pengurusan kebun, kawalan penyakit dan pemprosesan koko serta penghasilan produk makanan dan bukan makanan berasaskan koko. 20 daripada teknologi dan produk tersebut berada pada tahap pengesahan pasaran dan pengkomersialan.

“Selain itu, sebanyak 17 produk dan teknologi LKM telah dikomersialkan seperti produk kecantikan serta penjagaan diri,” katanya.

Menurut beliau, pencapaian yang memberangsangkan ini adalah hasil daripada kolaborasi di antara LKM dan rakan strategik MTDC yang dijalin sejak 2019 di bawah program Innovation to Market (I2M).

“Kerjasama sedemikian telah meningkatkan produk-produk R&D LKM yang dikomersialkan dan seterusnya membantu meningkatkan hasil pekebun kecil koko dan memberi peluang perniagaan kepada lebih ramai usahawan dalam mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan