25 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

Kerajaan kaji beri bantuan tambahan untuk rakyat – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada selain bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat Pelan Pemulihan Negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementeriannya boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan sebaik sahaja perincian dan prosedur operasi standard (SOP) itu dimuktamadkan.

“Satu contoh langkah yang akan kita kaji ialah subsidi upah, setakat Mei 2021, RM15 bilion telah dibelanjakan dalam Program Subsidi Upah yang memanfaatkan lebih dari 330,000 majikan dan 2.7 juta pekerjaan dan ini menampung 7.1 juta rakyat dari segi purata isi rumah.

“Program ini telah dilanjutkan untuk sebulan lagi bagi semua sektor dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion dan peruntukan ini berjumlah RM20 bilion.

“Kita sedang mengkaji pelanjutan program ini bagi menyokong sektor-sektor yang tidak boleh dibuka sehingga fasa ketiga atau keempat.

“Melalui pebincangan awal di MOF, kerajaan sedia menyediakan peruntukan tambahan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan. Kita perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Baca juga:   Moratorium: Bank tidak kenakan faedah terkompaun, caj penalti

Ujar beliau, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Baca juga:   MASTEX 2021 medan TLDM kongsi kepakaran bersama Australia

Dalam pada itu kata Tengku Zafrul, individu yang kehilangan pekerjaan termasuk golongan B40, M40, perniagaan mikro serta PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi boleh memilih untuk mendapatkan moratorium secara automatik.

Ia diberi selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Ini memang sedia ada, saya juga faham yang sama penting adalah pelaksanaan. Sebab itu saya selalu menekankan kepada sektor perbankan agar mereka memudahkan proses permohonan bagi mana-mana peminjam yang memohon termasuk yang mengalami pengurangan pendapatan.

“Konsep bayaran balik pinjaman yang kita laksanakan ini selaras dengan program bayaran balik pinjaman yang diberikan negara-negara lain termasuk Singapura, Australia dan juga UK,” katanya.

Zafrul sebelum ini menjelaskan, kira-kira 85 peratus daripada peminjam membuat pembayaran balik selepas moratorium berakhir pada September 2020.

Ujarnya, ia merupakan petunjuk kukuh bahawa kebanyakan rakyat Malaysia dapat terus membayar pinjaman mereka.

Sejak itu katanya, katanya sektor perbankan telah memberi tumpuan secara strategik kepada 15 peratus daripada peminjam yang sedang bergelut, dengan menawarkan pilihan antara moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus selama enam bulan dalam Belanjawan 2021.

Baca juga:   Pembukaan sektor PKS berdasarkan risiko jangkitan

Tambahnya, ia telah diperluas melalui pakej bantuan seterusnya seperti PERMAI, Pemerkasa dan Pemerkasa plus.

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan