28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PCOM nafi tandatangan sokong Darurat dilanjutkan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menafikan ia merupakan salah satu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menandatangani kenyataan menyokong agar tempoh pelaksanaan Darurat di negara ini dilanjutkan.

Presidennya, Muslim Imran berkata, PCOM tidak pernah menandatangani sebarang kenyataan berkaitan Darurat atau isu lain berkaikan politik setempat.

Menurut beliau, PCOM tidak campur tangan dalam politik Malaysia atau negara-negara lain.

“Kami menghormati semua parti tetapi tidak berhasrat untuk campur tangan dalam politik setempat.

“Kami hanya dapat melihat kenyataan itu setelah ia disiarkan oleh media dan kami tidak pernah dihubungi atau diminta untuk menandatanganinya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

MUSLIM IMRAN PCOM
MUSLIM IMRAN

Muslim berkata, tumpuan utama PCOM adalah perjuangan membebaskan Palestin dan menjaga hubungan baik antara Palestin dan Malaysia.

Beliau berharap semua parti dan pertubuhan akan menyokong perjuangan yang mulia itu.

Penafian serupa turut dikeluarkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia (QFM), Dr Sharif Abu Shammala dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Advertisements

Beliau menyatakan bahawa yayasan itu tidak pernah dihubungi atau diminta untuk menandatangani kenyataan tersebut.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa yang disiarkan dalam portal Harahdaily semalam, PCOM disenarakan sebagai salah satu daripada 440 NGO Islam yang menandatangani kenyataan tersebut.

UMMAH mencadangkan agar Darurat dilanjutkan selama lapan bulan lagi iaitu sehingga Mac 2022 jika keadaan jangkitan dan suntikan vaksin mencapai sasaran sebagaimana yang dirancangkan oleh kerajaan.

“Sementelah juga semua rakyat maklum bahawa suntikan vaksin telah, sedang dan akan berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran 150 ribu suntikan sehari, dan dijangka mengambil masa selama 213 hari atau tujuh bulan lagi bagi 32 juta rakyat Malaysia,” kata Mohd Zai.

UMMAH mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi menyokong saranan Pensyarah dan Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof dalam hantaran Facebook bertajuk ‘Adakah boleh tangguh pilihan raya selepas tamatkan darurat?’

Dalam tulisan tersebut, Muhammad Fathi menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak menyediakan kelonggaran dalam perkera berkenaan.

Katanya, Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, apabila Parlimen bubar, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu.

Beliau juga berpandangan, Darurat merupakan satu-satunya cara untuk menangguhkan pilihan raya dalam situasi COVID-19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan