29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Imigresen serbu kedai runcit warga asing, 33 PATI ditahan

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYEBERJAYA –  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 33 orang pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan kedai runcit yang dikendalikan warga asing pada 14 Jun dan 15 Jun lalu di sekitar Bukit Sentosa, Dengkil.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimeen Daud berkata, kesemua mereka ditahan selepas jabatan itu menjalankan operasi ke atas 16 premis kedai runcit.

“Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 18 orang lelaki Bangladesh, 7 warga Myanmar, 5 warga Indonesia termasuk dua perempuan, dua warga Pakistan dan seorang warga India,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit dan juga tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut.

“Pemeriksaan juga mendapati kesemua premis mempunyai lesen perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan atas nama warganegara Malaysia namun disyaki disewakan kepada warganegara asing,” katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri dan membuat provokasi, bagaimanapun kesemua warga asing itu berjaya ditahan.

“Kesemua PATI yang ditahan selepas serbuan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum ditempatkan di Depot Imigresen, Semenyih.

“Seramai enam warganegara tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. – Edisi 9 

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan