25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 1,000 kes, tunggu apa lagi MB Negeri Sembilan?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

SEREMBAN – Kelemahan ketara kerajaan Negeri Sembilan dalam mengendalikan wabak COVID-19 yang telah melangkaui 1,000 kes jangkitan harian hari ini mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, kerajaan Negeri Sembilan yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Harun mesti mengambil tindakan proaktif dengan segera.

Menurut beliau, Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri perlu menggunakan kuasa yang ada untuk membendung dan mengatasi wabak tersebut.

“Manfaatkan semua saluran dan hubungan dengan kerajaan Persekutuan. Pohon peruntukan lebih banyak bekalan vaksin dan sediakan lebih banyak pusat vaksinasi di seluruh Negeri Sembilan.

“Tingkatkan juga saringan kerana ia berkesan mencegah penularan. Gunakan segera peruntukan Menteri Besar sebanyak RM30 juta seperti dalam Bajet 2021 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri untuk membeli vaksin yang telah diluluskan oleh Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI),” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menambah, masa adalah sangat kritikal dan kelewatan kerajaan Negeri Sembilan mengambil tindakan akan melumpuhkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negeri.

Negeri Sembilan

Merujuk kepada maklumat terkini yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook hari ini, Negeri Sembilan menduduki tempat kedua tertinggi dari segi jangkitan baharu COVID-19.

Sebanyak 1,086 kes jangkitan baharu dicatatkan di Negeri Sembilan hari ini, di belakang Selangor yang merekodkan 1,858 kes.

Jumlah itu adalah yang tertinggi bagi Negeri Sembilan setakat ini.

Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 641 kes baharu diikuti oleh Sarawak (559 kes), Johor (449 kes), Sabah (248 kes), Kedah (197 kes), Melaka (184 kes) dan Kelantan (154 kes).

Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai kurang daripada 100 kes baharu adalah Pulau Pinang (97 kes), Labuan (97 kes), Terengganu (77 kes), Pahang (54 kes), Perak (30 kes) dan Putrajaya (7 kes).

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan sifar kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini.

Secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 hari ini dengan jumlah kumulatif 678,764 kes. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan