31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kawalan kerajaan tangani isu kenaikan harga minyak masak

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pelaksanaan kawalan harga minyak masak berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah berupaya menangani isu kenaikan harga minyak masak di pasaran.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dengan pelaksanaan program itu nanti harga minyak masak botol lima kilogram yang tidak bersubsidi dapat dikawal dengan harga silingnya tidak melebihi RM30 sebotol.

Malah menurut beliau, sekiranya kawalan harga minyak sawit mentah itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik, kemungkinan rakyat memperoleh harga minyak masak lima kilogram yang lebih murah.

fitnah jahat
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

“Menjadi hasrat saya dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk melihat supaya pelaksanaan program minyak masak bersubsidi dapat ditambah baik pada masa hadapan supaya subsidi itu disediakan kepada golongan sasar yang benar-benar layak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program kawalan harga minyak masak berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semalam.

Beliau berkata, ia adalah langkah awal kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu hingga lima kilogram (kg).

Muhyiddin turut menyatakan, kerajaan komited untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup rakyat dan akan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat.

Sebelum ini, isu kenaikan harga minyak masak berasaskan sawit di pasaran telah mencetuskan rungutan dalam kalangan pengguna dan mereka mahu kerajaan bertindak pantas bagi menanganinya.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga telah mengambil langkah proaktif termasuk bersemuka dengan pihak industri bagi membincangkan isu berkenaan.

kenaikan harga minyak masak

Secara keseluruhan, Mohd Khairuddin berkata, rakyat sememangnya menanti-nantikan pengumuman PEMULIH demi untuk meringankan beban mereka dalam keadaan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Semalam, Muhyiddin mengumumkan PEMULIH yang memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat kesan ekonomi pandemik COVID-19.

Pakej itu turut merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan