30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kumpulan penasihat UK sifatkan minyak sawit Malaysia mampan

Mesti Baca

SURUHANJAYA Perdagangan dan Pertanian (TAC) yang juga kumpulan penasihat pakar kepada kerajaan United Kingdom (UK), menyifatkan minyak sawit Malaysia sebagai mampan dan langkah mengenakan cukai berkadar sifar bagi komoditi itu dapat memberi manfaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Sron, berkata laporan terbaharu oleh pakar bebas berkenaan juga membuktikan bahawa komitmen Malaysia terhadap kemampanan adalah jelas dan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) adalah satu piawaian emas bagi pensijilan lestari komoditi terbabit.

“Hakikat mengenai komitmen Malaysia terhadap kecemerlangan minyak sawit adalah jelas. MSPO adalah piawaian emas bagi pensijilan minyak sawit mampan dan dapat memberi jaminan kepada kedua-dua pihak pengimport dan pihak berkuasa UK bahawa kesemua aspek perundangan telah dipenuhi dan tiada usaha pembersihan hutan dilakukan.

“Malaysia menerajui dunia dalam pensijilan minyak sawit mampan dan kita berharap dapat membekal lebih banyak minyak sawit berkualiti ke pasaran UK dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

MPOC juga menyifatkan bahawa analisis kumpulan pakar itu turut merumuskan keperluan kemampanan MSPO telah dipenuhi dan melangkaui ketetapan perundangan UK.

“Wujud manfaat untuk UK sekiranya lebih banyak minyak sawit Malaysia dieksport berikutan terdapat piawaian lebih tinggi di Malaysia berbanding negara-negara lain.

“Oleh itu, UK perlu meneruskan rancangan berkaitan kadar cukai sifar ke atas minyak sawit Malaysia.

Advertisements

“TAC menyediakan khidmat nasihat pakar kepada kerajaan UK susulan penyertaan negara itu dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 2023. Malaysia adalah antara negara pengasas CPTPP,” katanya.

Sehubungan itu, MPOC menyifatkan laporan pakar yang terperinci itu jelas membolehkan kesemua syarikat pembekal domestik dan antarabangsa ke pasaran UK untuk yakin sepenuhnya terhadap peranan MSPO sebagai mekanisme pengesahan tulen bagi pasaran negara maju berkenaan.

“Langkah seterusnya adalah pengiktirafan rasmi oleh kerajaan UK bahawa MSPO adalah mekanisme pematuhan dengan pihak Proses Usaha Wajar UK dan peraturan berkaitan.

“Sebagai piawaian sah bagi minyak sawit Malaysia, ini adalah mekanisme pematuhan sedia ada dan layak untuk diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan UK,” katanya.

MPOC menjelaskan, selain daripada sokongan pakar, minyak sawit Malaysia turut mendapat sokongan politik di peringkat tertinggi kerajaan UK.

“Setiausaha Perdagangan UK, Kemi Badenoch telah menolak propaganda negatif mengenai minyak sawit dan menjelaskan di Sky News, media penyiaran Britain, bahawa minyak sawit adalah produk hebat dan digunakan secara meluas,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan