26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Warga emas sanggup redah muara sungai untuk suntikan vaksin

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

BIARPUN terpaksa berkerusi roda dan menempuh perjalanan menggunakan bot menelusuri muara sungai, Najah Ahmad, 82, menggagahkan diri untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan (KK) Kampung Telaga Air, kira-kira 40 km dari Kuching, Sarawak.

Warga emas dari Kampung Sibu Laut di kawasan pesisiran daerah Kuching itu menyedari pentingnya untuk menerima vaksin Covid-19 walaupun dalam usia emasnya bagi melindungi diri dan orang di sekelilingnya.

“(Saya ambil vaksin) untuk menjaga (kesihatan) diri, keluarga dan orang ramai. Bersyukur jugalah sudah dapat (suntikan vaksin) hari ini,” katanya yang kelihatan tenang semasa menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.

Najah yang mesra dipanggil nenek itu adalah antara 14 penduduk Kampung Sibu Laut yang menunggu bot sejak awal pagi di jeti kampung itu untuk dibawa ke PPV di Kampung Telaga Air yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menelusuri Sungai Sibu. 

Ketua Kampung Sibu Laut Senep Yassin, 53, berkata walaupun akses dari kampungnya ke PPV KK Telaga Air hanya mempunyai satu jalan iaitu laluan air, namun ia tidak menghalang mereka untuk menerima suntikan kerana menyedari kepentingan divaksin.

“Walaupun kami menghadapi kesukaran seperti yang terjadi kepada Najah kerana keuzuran dan berkerusi roda serta perlu diangkat untuk menaiki bot, tetapi saya tetap meminta mereka menunaikan tanggungjawab (menerima vaksin). Kami tidak boleh terlepas untuk suntikan vaksin,” katanya kepada Bernama.

Ketika ini, terdapat seramai 120 penduduk menetap di Kampung Sibu Laut yang merupakan kampung tradisi kaum Melayu yang telah wujud sejak 1820-an dan hampir 60 orang sudah pun mendapat suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Baca juga:   Semua calon PN penuhi kriteria menjadi wakil rakyat
Baca juga:   Tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya

Selain Kampung Sibu Laut, terdapat 15 kampung lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang diletakkan di bawah PPV KK Telaga Air dengan Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching memperuntukkan sebanyak 360 hingga 400 dos vaksin seminggu. 

Ketua Kampung Telaga Air Zaini Tanggek, 55, berkata PPV KK Telaga Air mula beroperasi pada 15 Jun lepas dan lebih 500 orang dari 16 kampung telah menerima vaksin dos pertama sejak ia dibuka.

“Memanglah jumlah vaksin yang diterima ini tidak mencukupi tetapi kami amat menghargai usaha yang dilakukan oleh Ahli DUN Pantai Damai (Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi) yang mengambil inisiatif membuka PPV di kampung ini untuk memudahkan penduduk menerima vaksin dan tidak perlu lagi mengharungi perjalanan yang jauh untuk ke PPV lain yang terletak di bandar raya Kuching,” katanya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang turut membuat lawatan di PPV berkenaan berkata selain PPV KK Telaga Air, terdapat dua lagi PPV di dalam kawasan DUN Pantai Damai iaitu di KK Kampung Buntal dan KK Santubong selain PPV sementara di Darul Hana. 

Beliau berkata DUN Pantai Damai mempunyai 24,000 orang yang layak menerima vaksin dan mengikut anggarannya, hampir 10,000 penduduk di kawasannya sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin.

“Sehingga minggu ini saya anggarkan hampir 3,300 sudah menerima suntikan pertama vaksin di tiga PPV tersebut, dicampur dengan pusat vaksin sementara di Darul Hana seramai 800 orang dan termasuk mereka yang sudah mendapat vaksin di PPV lain seperti di Stadium Perpaduan dan KK Petrajaya, jadi anggarannya hampir 10,000,” katanya.

Baca juga:   Nicky Liow akhirnya serah diri selepas setahun diburu
Baca juga:   Kes harian COVID-19 dijangka meningkat susulan PKPD

Beliau menyifatkan perkembangan vaksinasi di kawasannya itu satu petanda yang baik dalam usaha membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok di Sarawak.

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan