31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

PEMULIH manifestasi keprihatinan kerajaan PN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, PEMULIH yang melibatkan pakej keseluruhan berjumlah RM150 billion merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan yang telah memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu sebagai satu panduan peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berfasa.

Menurut beliau, PEMULIH yang menggariskan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan kadar vaksinasi negara jelas merupakan strategi terbaik bagi membawa Malaysia keluar daripada belenggu COVID-19.

PEMULIH kerajaan
MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

“PEMULIH merupakan kesinambungan kepada pelbagai pakej bantuan & rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan sejak 28 Mac 2020 bermula dengan pakej PRIHATIN, PRIHATIN SME+, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA & PEMERKASA PLUS dengan jumlah keseluruhan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi sehingga ke hari ini bernilai RM530 Billion.

Baca juga:   Pelaksanaan PEMULIH perlu fokus kumpulan sasar - PAGISA

“PEMULIH yang memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menambah tunai di tangan rakyat seperti i-Citra, BKC, GKP 4.0, Subsidi Upah 4.0, moratorium dan sebagainya mampu meningkatkan kuasa beli pengguna agar permintaan barangan dan perkhidmatan meningkat secara berterusan bagi merangsang ekonomi tempatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan PEMULIH yang memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat kesan ekonomi pandemik COVID-19.

Baca juga:   KPM keluarkan jadual baharu peperiksaan SPM

Pakej itu turut merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Mohd Rafiq memberitahu, PEMULIH juga mampu menyokong usaha rakyat mencari peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran negara seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Tambah beliau, bagi menyokong usaha kerajaan menggalakkan rakyat berbelanja, seharusnya industri seperti perniagaan dalam talian perlu lebih kreatif bagi menyokong inisiatif tersebut.

“Semua pihak harus berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan dalam mendepani COVID-19 bagi memastikan segala pakej bantuan dan ekonomi yang diumumkan kerajaan dapat benar-benar dinikmati dan dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara kita,” jelasnya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan