25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Muhyiddin minta ahli Bersatu siap siaga hadapi PRU-15

Mesti Baca

AHLI-AHLI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta meningkatkan kesiapsiagaan terutama memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya pengalaman bekerja bagi membantu calon-calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini amat berharga bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar tidak lama lagi.

“Walaupun masih baru saya juga boleh berbangga kerana parti ini berjaya mencatat pencapaian yang agak luar biasa dari aspek sokongan dan dokongan rakyat.

“Ini kerana parti ini berpegang kepada prinsip menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran seperti rasuah dan salah guna kuasa,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Bersatu Bahagian Pagoh, semalam.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu turut mengingatkan seluruh ahli agar dapat menilai parti bukan sahaja dari segi kekuatan dan perpaduan tetapi juga aspek tanggung jawab dan amanah yang perlu dilaksanakan demi rakyat, bangsa dan negara.

MUHYIDDIN YASSIN

“Selain mengukuhkan parti, setiap ahli ada tanggungjawab kepada rakyat di kawasan masing-masing yang kebanyakannya terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Justeru setiap ahli parti perlu meneruskan usaha bagi memberi khidmat kepada setiap lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata, sepanjang berhadapan dengan pandemik, rakyat menghargai apa yang telah kerajaan PN lakukan bagi membantu menyelamatkan nyawa dan kehidupan mereka.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan dan sayap parti seperti Armada dan Srikandi kerana telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan barangan perniagaan kepada peniaga kecil dan bantuan perahu dan bot penambang kepada beberapa nelayan kecil kawasan Pagoh.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu perniagaan dan kehidupan mereka,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan