24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Padah hisap rokok, vape, shisha di premis makanan dapat notis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengeluarkan 48 notis terhadap individu kerana melanggar peraturan larangan merokok, menghisap vape dan shisha di premis makanan dalam satu operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang, semalam

Menurut kementerian itu, daripada jumlah itu 29 notis dikeluarkan kepada individu yang menghisap rokok konvensional, 17 notis penghisap rokok elektronik atau vape dan dua lagi kerana yang menghisap shisha.

“Sebanyak lima lokasi telah dilawati iaitu Sentul, Sri Rampal, Desa Pandan, Desa Petaling dan Platinum Walk di mana 42 buah premis tempat makan telah diperiksa.

“55 notis kesalahan di bawah PPKHT 2004 telah dikeluarkan di mana 48 notis adalah kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) dan tujuh (7) lagi adalah notis kepada tuan punya premis di bawah kesalahan Peraturan 12(1)(a) dan (b),” kata KKM hari ini.

Operasi yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu turut disertai oleh anggota penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Pejabat Kesihatan Kepong, Pejabat Kesihatan Cheras, Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 75 anggota.

Menurut kenyataan itu, notis kesalahan juga telah diberikan kepada tiga premis yang menawarkan perkhidmatan shisha.

Bagi pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara, sebanyak tiga notis dikeluarkan manakala bagi kesalahan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, satu satu notis di bawah Peraturan 11(1)(b) turut diberikan.

Advertisements

“Satu premis makanan telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983,” katanya.

KKM berkata, sebelum operasi bersepadu itu dijalankan, Bahagian Kawalan Penyakit telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan bersama persatuan-persatuan kedai makan pada 22 November.

Ia bertujuan memaklumkan aduan-aduan yang diterima melibatkan aktiviti merokok di tempat makan dan mendapatkan kerjasama daripada persatuan-persatuan terlibat dalam memastikan peraturan ini dipatuhi oleh semua pihak.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan-peraturan ini akan terus dipertingkatkan.

“Masyarakat adalah diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan juga peraturan-peraturan di bawah kawalan hasil tembakau dan kebersihan makanan.

“Bagi mereka yang ingin berhenti merokok, boleh melayari laman sesawang jomquit.com,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan