29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hanya 20.9 peratus populasi keseluruhan, tiada vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS populasi keseluruhan di Malaysia tiada vaksinasi semakin menurun dengan 20.9 peratus dilaporkan berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 79.1 peratus atau 2,522 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 77.1 peratus atau 4,737 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 25,169,374 populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 47,267 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,194,849 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 54,526 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 53,185,334 dos.

Advertisements

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif menunjukkan penurunan kes dengan sebanyak 295 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes  aktif kini mencecah 67,252 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 54,403 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 7,061 kes di PKRC.

Sementara, terdapat 5,278 kes di hospital, 252 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 258 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan kes dengan 5,352 menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,522,045 kes. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan