30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pindaan perlembagaan Bersatu lulus, 6 kerusi boleh dikosongkan

Mesti Baca

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas parti pada 2 Mac lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan berkongsi salinan surat kelulusan tersebut yang berberkuat kuasa semalam.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, kelulusan pindaan perlembagaan Bersatu itu bermakna parti boleh mula mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, ROS telah lulus permohonan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang telah menyokong DS (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Langkah seterusnya mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk pilihan raya kecil (PRK) peringkat Parlimen,” katanya.

Advertisements
Pengesahan kelulusan pindaan perlembagaan Bersatu oleh ROS seperti dikongsi Wan Ahmad Fayhsal.

Pada 2 Mac lalu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Bersatu membuat meminda tersebut berikutan tindakan enam ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Anwar tanpa mengisytiharkan keluar daripada parti.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan