31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dua menteri senada kutuk insiden polemik perkauman, agama

Mesti Baca

MENTERI Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar senada mengutuk sekeras-kerasnya insiden polemik membabitkan perkauman dan agama yang membahang ketika ini.

Mereka berkata, serangan ke atas KK Mart serta pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman sejak akhir-akhirnya boleh menggugat keharmonian rakyat.

Sehubungan itu, mereka menggera, pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.

“Pihak yang terlibat perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Aaron dan Mohd Na’im juga memberikan amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di negara ini.

Kata mereka, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi ini dan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.

Advertisements

Mereka juga mengulangi pendirian menggesa agar tidak ada pihak yang mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancamanperbalahan, provokasi serta permusuhan,” katanya.

Setakat ini tiga serangan bom api dilakukan terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart iaitu di Bidor, Perak; Kuantan, Pahang dan terbaharu di Kuching, Sarawak.

KK Mart menjadi kemarahan umat Islam ekoran menjual stoking dengan kalimah Allah di salah satu premisnya di Bandar Sunway.

Pada masa yang sama isu istilah ‘kafir’ turut menjadi polemik apabila seorang menteri dikatakan melarang menggunakan perkataan tersebut terhadap mereka yang bukan Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan