26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pengasas KK Mart mengadap Agong memohon ampun, maaf

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengasas dan juga Pengerusi Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart), Datuk Seri Dr Chai Ker Kan.

Royal Press Office (RPO) melaporkan, sesi mengadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama 15 minit di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi mengadap itu, Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbanekanya.

Seri Paduka Baginda bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelak perkara sedemikian berulang.

Advertisements

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran Facebook hari ini.

Baru-baru ini, rangkaian kedai serbaneka itu didapati menjual stoking dengan tertera kalimah Allah di salah satu premisnya di Bandar Sunway sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Ekoran itu, wujud gerakan memboikot rangkaian kedai tersebut kerana KK Mart dikatakan tidak menjaga sensitiviti umat Islam lebih-lebih lagi kalimah Allah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan