25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MCMC, PDRM tumpaskan kegiatan ‘swinger’ guna media sosial

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kegiatan swinger yang beroperasi secara dalam talian.

MCMC dalam kenyataan berkata, kegiatan swinger berkenaan melibatkan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan yang dilakukan.

“Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan swinger yang memiliki sejumlah besar video lucah.

“Hasil serbuan telefon bimbit, komputer dan thumb drive (pemacu jempol) milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Advertisements

“Tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir bagi platform X kumpulan swinger berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan,” kata kenyataan itu hari ini.

MCMC berkata, modus operandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X dan individu yang berhasrat memilikinya dikenakan bayaran RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan di aplikasi Telegram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan