26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Keputusan analisis makmal kupang beracun diketahui esok

Mesti Baca

JABATAN Perikanan (DOF) masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan untuk mengesahkan sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya.

Menurut kenyataan jabatan itu, keputusan analisis tersebut dijangka dapat diketahui esok.

DOF berkata, sebelum ini pihaknya telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan sama ada melalui sistem panggar atau pancang.

“DOF juga sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (National Shellfish Sanitation Program – NSSP) yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar,” kata kenyataan itu hari ini.

Jabatan itu menggesa orang ramai melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri atau daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan.

Advertisements

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, kejadian keracunan tersebut mula dikesan kelmarin apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson menerima notifikasi dari Hospital Port Dickson.

Menurutnya, sebanyak dua kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala lima kes dimasukkan ke wad biasa, dan satu kes dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati kesemua kes terdiri daripada beberapa buah keluarga yang berbeza dan mempunyai sejarah memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

“Kesemua kes mengalami gejala sakit kepala, kebas tangan dan kaki, serta lemah otot. Terdapat dua kes dimasukkan ke ICU kerana mengalami gejala yang lebih teruk iaitu paralisis,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan