23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Muhyiddin diberi mandat bincang strategi PRU-15 bersama parti lain

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk membincangkan strategi bersama-sama parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan MPT itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin, semalam.

“MPT Bersatu antara lain telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang diadakan pada 12 Mac lepas.

“Sehubungan itu, MPT Bersatu memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Presiden untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU yang akan datang bersama parti-parti politik lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hujung bulan lalu, media melaporkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendedahkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam usaha membentuk kerjasama baharu menjelang PRU15.

Baca juga:   Demi kepentingan rakyat, Tun M,Ku Li mahu gagalkan Belanjawan Rakyat

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa pertemuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang, berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara perkara yang dicadangkan Muhyiddin adalah untuk membentuk gabungan antara Bersatu dan Pejuang.

Namun butiran keputusan bagi perjumpaan berkenaan masih lagi belum diputuskan.

Pada 2 April lalu, Muhyiddin dalam satu hantaran di Facebook menegaskan beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti selain Barisan Nasional (BN) sebagai inisiatif untuk merintis hubungan kerjasama dalam PRU-15.

Baca juga:   Janji kepada rakyat dahulu macam mana?

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, ini berikutan beberapa pemimpin parti politik termasuk Pejuang menyuarakan pandangan kepadanya agar parti-parti selain BN merintis bentuk kerjasama politik.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi mengelak pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15 sepertimana berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

-EDISI9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan