25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

7 pelajar lelaki sekolah bergaduh, gara-gara ejekan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-gara perbuatan mengejek dipercayai menjadi insiden pergaduhan membabitkan tujuh pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Sepang, dekat sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu turut dirakam individu di sekolah terbabit sebelum ia tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerima panggilan daripada pengetua sekolah itu untuk memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 11.05 pagi.

Susulan itu, katanya, dua anggota PPS ke lokasi kejadian dan bersama beberapa guru memberikan nasihat serta amaran kepada pelajar terbabit.

“Daripada hasil siasatan anggota PPS bersama guru mendapati insiden dipercayai tercetus daripada perbuatan seorang pelajar Tingkatan Empat mengejek seorang pelajar Tingkatan Tiga pada waktu rehat.

“Akibat ejekan berkenaan, pelajar Tingkatan Tiga terbabit dikatakan hilang sabar lalu menolak pelajar Tingkatan Empat itu.

Advertisements

“Berikutan itu, pelajar Tingkatan Empat berkenaan didakwa menumbuk bahagian mukanya tetapi hanya terkena sedikit, lalu berlaku tolak-menolak antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Wan Kamarul Azran berkata, pergaduhan tidak terhenti begitu sahaja, dan beberapa pelajar lelaki lain mula melakukan provokasi antara kedua-dua pihak, namun kemudian berjaya disuraikan oleh guru.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan dilaporkan pelajar terbabit.

“Semua pelajar berkenaan kemudian mengaku kesalahan mereka dan tiada laporan polis dibuat, setakat ini. Mereka kemudian berdamai dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu.

“Pengetua dan pihak sekolah juga tidak membuat laporan polis memandangkan kejadian itu tiada membabitkan kecederaan, namun tindakan disiplin akan diambil terhadap semua pelajar berkenaan,” katanya.

Ujar Wan Kamarul Azran, kes pergaduhan membabitkan pelajar berkenaan selesai.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan