28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Siti Nurhaliza tersenarai 100 artis paling banyak terima anugerah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tersenarai antara 100 Artis Paling Banyak Menerima Anugerah Sepanjang Zaman oleh The Artis Museum.

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu berada di kedudukan ke-27, mengatasi beberapa artis ternama lain seperti Celine Dion, One Direction dan Jennifer Lopez.

Siti Nurhaliza telah menerima 329 anugerah dan menjadi satu-satunya penyanyi Asia Tenggara yang menempatkan diri dalam senarai tersebut.

Beliau juga mengatasi pencapaian Justin Timberlake, Bruno Mars, Selena Gomez, Alicia Key dan ramai lagi.

Berada pada kedudukan teratas pula adalah penyanyi Michael Jackson dengan 1,003 anugerah, Beyonce (896), Taylor Swift (867), BTS (784) dan Justin Bieber (720).

Sepanjang penglibatan dalam bidang seni, nama Siti Nurhaliza pernah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records pada 2001 sebagai artis paling banyak memenangi anugerah.

Dia memiliki 42 anugerah Anugerah Industri Muzik (AIM), 25 anugerah Anugerah Bintang Popular (ABP), 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik(APM) dan 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu (AJL).

Baca juga:   KPKT rangka garis panduan operasi perniagaan premis makanan

Penyanyi yang popular dengan lagu Cindai ini turut memenangi beberapa anugerah antarabangsa yang lain seperti MTV Awards dan beberapa anugerah dari negara serantau yang lain. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dibuang dalam tempoh 1 hari, proses pecat tak betul – Khairy

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa keputusan pemecatannya sebagai ahli UMNO tidak dilakukan dengan proses yang betul. Ujar Khairy, beliau tidak...

Lagi Artikel Berkaitan