26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jangan sebut kerap nama dia… – Dr Mahathir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANGAN sebut nama dia”, sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sekali lagi membidas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu beliau sering ‘meratib’ nama Ahli Parlimen Pekan itu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook beliau, Dr. Mahathir secara sinis berkata, nama Najib tidak boleh disebut secara kerap kerana akan membuatkannya menjadi lebih popular.

“Jangan sebut nama Najib kerap. Dia akan jadi lebih popular. Lupakan sahaja nama Najib. Lupakan dia curi duit. Lupakan dia dibicara dan didapati salah.

“Dia dihukum 12 tahun penjara dan denda RM220 juta. Kalau sebut nama Najib dia akan lebih disukai ramai.

“Orang yang popular dalam negara demokratik akan jadi pemimpin, jadi Perdana Menteri pun,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir mendakwa, nama Najib tidak boleh disebut kerana dikhuatiri akan menjadi Perdana Menteri dan mencuri duit lagi.

“Jangan sebut nama dia. Di mahkamah jangan sebut nama dia. Maka keadilan akan berlaku. Kena hukum. Tetapi tak payah jalan hukum. Diam sahaja.

“Jangan sebut nama dia. Kalau tak sebut nama orang yang salah, nak sebut nama siapa.

“Sebutlah nama siapa pun. Tak mengapa. Itu keadilan di Malaysia. Boleh tarik balik kes. Ada Peguam Negara (AG) untuk ini. Jika tak ada, tukar AG sahaja.

“Jangan sebut nama. Akan kena saman kerana menghina. Tidak ada duit nak bayar peguam. Itu masalah awak. Undang-undang tentang tidak sebut nama masih berkuasa.

“Tak dapat bayar peguam masuk dalam sahaja. Itu undang-undang. Negara utama ‘the Rule of Law’, pemerintahan mengikut undang-undang.

“Kelentong sedikit dari undang-undang tak mengapa. Jangan tegur. Itu ‘contempt of court’, menghina mahkamah. Itu salah. Lebih baik lari ke negara lain. Jika tidak. Masuk dalam. Itu keadilan,” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan