27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wanita dicabul lelaki bermata juling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila dicabul lelaki tidak dikenali di parkir sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian yang berlaku pukul 2 petang itu, mangsa seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun mahu menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat satu.

“Ketika itu terdapat tiga individu di dalam lif berkenaan.

“Sejurus tiba di tingkat satu, mangsa terus ke tempat letak kereta untuk menyimpan barang di dalam kenderaannya.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri wanita berkenaan dan mahu membantu dengan mengambil troli yang dibawa mangsa.

“Mangsa menolak permintaan itu dan suspek tetap mengambil barangan mangsa dan membantu memasukkannya ke dalam kenderaan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Wan Kamarul berkata, secara tiba tiba lelaki terbabit mencabul mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa menyatakan lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam dan memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya.

Selain itu katanya, suspek dipercayai berkulit gelap dan mangsa hanya menyedari suspek bermata juling.

“Mangsa juga tidak mengenali suspek serta tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Perbuatan mangsa turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir itu.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,”katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan