27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pemborong ayam kaut keuntungan melampau dikenakan kompaun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA buah premis pemborong yang mengaut keuntungan berlebihan bagi harga ayam runcit di sekitar Selangor dikekanakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Difahamkan, ketiga-tiga premis pemborong di sekitar Klang, Puchong dan Kajang itu didapati menjual ayam standard sehingga RM8.20 berbanding ditetapkan RM7.60 sekilogram.

Menurut Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung pergerakan harga runcit ayam mencecah RM9.30 sekilogram berbanding ditetapkan RM8.90 di peringkat peniaga pasar.

“Hasil pemeriksaan dijalankan semalam ke atas rantaian pengedaran mengenal pasti berlaku disebabkan tiga buah premis pemborong.

“Mereka didapati menjual ayam standard pada harga borong melebihi harga yang ditetapkan di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

“Dua daripada premis itu juga didapati berniaga tanpa lesen selepas gagal mengemukan dokumen lesen borong menjual barang kawalan (ayam),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Muhamad Zikril lagi, ketiga-tiga premis tersebut telah dikenakan dikompaun serta merta dengan nilai masing-masing sebanyak RM1,000.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita turut meminta kerjasama orang ramai untuk mempraktikkan ‘Pengguna Bijak Adu’ mengenai salah laku mana-mana peringkat perniagaan menerusi saluran aduan rasmi seperti Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor di talian 03-55144393/5518 1810/ 5512 5485 serta WhatsApp 019-279 4317,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan