24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Pemilik premis dikompaun gajikan PATI

Mesti Baca

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap pemilik premis perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa permit di Jalan Mega Mendung, Kuala Lumpur semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, isu pemilik perniagaan warga tempatan menggaji warga asing sudah lama berlarutan dan lebih buruk lagi apabila warga asing yang digaji itu tidak mempunyai permit bekerja.

Susulan itu, operasi mengesan pekerja asing tanpa permit ini akan dilakukan secara berterusan bagi membendung kegiatan itu berlaku dan pihak yang menggajikan mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Dalam operasi dijalankan semalam, pihak kami sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan sebuah premis di Jalan Mega Mendung kerana menggajikan warga asing tanpa permit.

Advertisements

“Dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) dikeluarkan terhadap premis itu,” katanya.

DBKL berkata, peraturan ditetapkan perlu dipatuhi semua majikan jika mengambil pekerja asing bekerja di negara ini.

“Paling penting jangan mengaut untung atas angin dengan ‘mengalibabakan’ lesen kepada warga asing,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan