25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Isu berpelukan, Zara Zya mohon maaf

Mesti Baca

PELAKON Zara Zya memohon maaf mengenai babak berpelukan yang dilakukannya dalam sebuah drama.

Zara, 38, berkata, sebagai manusia dia mengakui khilaf dan terlepas pandang sehingga babak itu mendapat kecaman teruk daripada warganet berikutan dia bertudung.

“Saya minta maaf atas apa yang berlaku, saya akui rasa sedikit ralat dan menyesal kerana tidak fikir panjang.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya perlu lebih menjaga batas sebagai seorang yang bertudung,” katanya.

Zara berkata, tiada niat hendak mencetuskan kontroversi kerana dia bukanlah seorang artis yang begitu.

“Saya tidak menyangka perkara ini akan mengakibatkan perdebatan di kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang sukakan kontroversi.

“Pastinya saya sedih pada mereka yang hilang hormat dengan saya, tetapi janganlah terlalu ikut perasaan. Beri saya peluang kedua untuk betulkan khilaf ini.

Advertisements

“Terima kasih juga kepada sesiapa yang menegur dan yang kecam saya terima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zara mengakui bimbang dengan tayangan drama berkenaan kerana terlampau memikirkan pandangan penonton.

“Ini pertama kali saya risau apabila drama ingin keluar kerana memikirkan penerimaan orang tentang watak dan drama itu.

“Saya tidak boleh tutup mulut tempayan dan juga tidak mahu menegakkan benang yang basah,” katanya lagi.

Terdahulu, tular video teaser sebuah drama menunjukkan babak Zara dipeluk oleh Syarul Ezani.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan adegan berkenaan memandangkan penampilan Zara yang kini sudah bertudung. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan