28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Utamakan ‘mat salih’: Pengurusan Menara Petronas mohon maaf

Mesti Baca

PENGURUSAN operasi lawatan Menara Berkembar Petronas memohon maaf susulan dakwaan seorang lelaki diberi layanan tidak adil oleh kakitangannya ketika menunggu giliran untuk ke Skybridge, baru-baru ini.

Menurut syarikat itu, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan akan menjalankan siasatan dengan segera.

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera, kami akan memastikan ianya tidak berulang lagi.

“Segala kesulitan amat kami kesali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, sebelum ini, seorang peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi mendakwa dilayan secara ‘berat sebelah’ oleh pekerja Skybridge yang mengutamakan warga asing ketika menunggu giliran ke kawasan tarikan umum itu.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, kejadian berlaku apabila seorang pegawai muncul bertanyakan kepada pasangan ‘mat salih’ mengenai jadual tiket, kemudian membenarkan mereka menaiki Skybridge terlebih dahulu.

“Dia (pegawai) kenyit mata dan beri isyarat suruh mereka (pasangan mat salih) ke depan supaya boleh naik awal.

Advertisements

“Saya tertanya-tanya apa hal pula mereka boleh naik dulu, saya yang sudah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu.

“Bila ditanya, jawapannya mereka ada kuasa untuk dahulukan sesiapa yang difikirkan perlu, ‘mat salih’ itu baru sampai, badan bertatu segar bugar dan pasangan perempuannya tak nampak cacat pun,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Shamsuddin turut memaklumkan, pegawai terbabit cuba memberikan alasan akan memanggil gilirannya, namun perkara itu sudah dianggap keterlaluan dan beliau memberi amaran mahu melaporkan insiden berkenaan di platform digital.

“Kalau saya nampak ‘mat salih’ ini naik dulu dari saya, anda akan nampak hantaran saya di Facebook, Itu amaran saya.

“Pegawai yang seorang lagi apabila ditanya semasa dia tampalkan pelekat ke baju saya, dia boleh jawab terserahlah kalau nak lapor kepada pihak pengurusan, tetapi jangan di Facebook, profesionallah sikit.

“Bila nampak ‘mat salih’ bukan main lagi, yang patuh ikut giliran ini boleh letak tepi,” luahnya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

234 pengamal media terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

SERAMAI 234 individu telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak diperkenalkan pada April tahun lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan