25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Godam papan menu makanan segera, dua lelaki ditahan

Mesti Baca

POLIS menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, Selangor Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada pengurus restoran makanan segera itu memaklumkan satu papan menu digital restoran berkenaan digodam.

“Papan menu digital berkenaan berubah imej kepada paparan gambar makanan restoran berkenaan yang memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan berkaitan keganasan.

Advertisements

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 5 November ini dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan