30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mersing daerah pertama Johor dilanda banjir

Mesti Baca

MERSING menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi.

Susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin dibuka pada jam 6 petang dan menempatkan 83 orang daripada 25 keluarga.

“Kawasan yang terjejas banjir ketika ini ialah Kampung Orang Asli Peta. Jalan masuk ke kampung berkenaan juga terputus kerana dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, jalan masuk ke Tenggaroh Timur juga ditutup untuk semua kenderaan selepas dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing pula memaklumkan pemantauan kawasan berisiko banjir telah dilakukan mulai jam 8.30 malam tadi.

“Kawasan pemantauan yang terbabit ialah perkampungan Pulau Tenglu, Kampung Air Papan dan Kampung Sermin,” menurut APM dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan