26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KPKT kembali kepada nama sebelumnya

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan kembali dikenali dengan nama rasmi sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan, nama kementerian itu dipinda berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu dan nama baru itu akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

Kenyataan itu berkata, penyediaan rumah mampu milik adalah teras utama kementerian itu, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

Hala tuju strategik melalui pelaksanaan visi dan misi KPKT pula akan terus diperkasa menerusi lapan fungsi utama iaitu Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap, Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, serta Kebombaan dan Penyelamatan.

Advertisements

Selain itu, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, serta Kredit Komuniti dan Pajak Gadai.

“KPKT komited bersama Kerajaan Madani dalam merealisasikan agenda dan fokus utama iaitu bagi menerajui kemakmuran komuniti bandar serta persekitaran mampan.

“Aspek daya huni rakyat akan terus dipertingkatkan demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara,” katanya.

Nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah digunakan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum diganti dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah Kerajaan Perpaduan, akhir tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan