24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KLIA raih Tahap Dua akreditasi standard khidmat pelanggan ACI

Mesti Baca

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meraih akreditasi standard perkhidmatan pengalaman pelanggan yang cemerlang oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Program Akreditasi Pengalaman Pelanggan Lapangan Terbang ACI (ACEA) itu mengiktiraf KLIA di atas pencapaian Tahap dua di mana mencerminkan kejayaan lapangan terbang dalam menyusun perjalanan yang lancar berfokuskan penumpang dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Ketua Pengarah ACI, Luis Felipe de Oliveira berkata, selepas proses kajian dan pengesahan, lapangan terbang KLIA menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan pengalaman pelanggan selaras dengan amalan dan standard industri yang disyorkan.

Beliau berkata, ini adalah pencapaian baik yang menunjukkan fokus Malaysia Airports terhadap penambahbaikan berterusan dalam pengalaman dan perkhidmatan pelanggan.

“Akreditasi pengalaman pelanggan ini bertujuan dapat membimbing lapangan terbang dalam pendekatan jangka pendek dan panjang mereka untuk memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan.

“KLIA memulakan program ini pada Februari dan akan berterusan melaksanakan pengalaman dan standard baru bagi memenuhi tuntutan penumpang yang sentiasa berubah.

Advertisements

“Akreditasi ini juga selari dengan trend peningkatan jumlah penumpang yang datang ke lapangan terbang, seperti yang telah dibuktikan oleh prestasi trafik terbaru,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi tempatan Malaysia Airports menyaksikan peningkatan trafik penumpang dalam beberapa sektor dan mencatatkan jumlah 6.6 juta pergerakan penumpang tempatan pada November tahun ini.

“Ini adalah penting di mana sektor antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada prestasi keseluruhan kerana keduanya mencatatkan pertumbuhan masing-masing sebanyak tujuh peratus dan 13 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“PEN mencatatkan 295,000 penumpang antarabangsa pada November 2023 berbanding 276,000 penumpang pada Oktober 2023, manakala LGK mencatatkan 20,000 penumpang antarabangsa berbanding 18,000 penumpang pada tempoh yang sama.

“Jumlah pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik keseluruhan di rangkaian lapangan terbang tempatan adalah masing-masing 3.4 juta dan 3.2 juta penumpang,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan