23.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

KKM sedia bantu kaji kebaikan ganja – KJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menggalakkan kerjasama industri mahupun ahli akademik dalam penyelidikan klinikal berkaitan penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata setakat ini, KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.

“Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.

“Namun, KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itulah kita mengalu-alukan kajian klinikal penggunaan CBD untuk tujuan perubatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Khairy berkata, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.

“Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial.

“KKM amat mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik. Kami sedia bekerjasama,” katanya.

Baca juga:   12,380 kes baharu catat penurunan semalam, atasi kes sembuh

Untuk rekod, Di Malaysia, semua varieti kanabis diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kandungan bahan aktifnya yang bersifat psikoaktif, iaitu THC yang merujuk kepada semua bahan yang mampu memberi kesan kepada otak, sekali gus boleh menyebabkan perubahan dari segi kewarasan, tingkah laku dan kebolehan berfikir.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan