30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Kerajaan tidak keluarkan belanja, tanggung kos penstrukturan tol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan dan jaminan pembiayaan serta menanggung kos penyenggaraan dan operasi bagi transaksi penstrukturan semula tol dicadangkan Gamuda Berhad yang membabitkan empat syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, ia juga berikutan tiada lagi kenaikan kadar tol bagi empat konsesi, iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Katanya, kadar tol bagi empat lebuh raya berkenaan tidak lagi mengalami kenaikan hasil kesinambungan inisiatif bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dijalankan sejak enam tahun lalu.

“Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kos pengambilalihan empat syarikat berkenaan adalah RM5.48 bilion, iaitu RM720 juta lebih rendah berbanding tawaran pengambilalihan dikemukakan MoF kepada pihak syarikat yang terbabit pada 2019, iaitu sebanyak RM6.2 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, berbeza dengan tawaran yang dikemukakan oleh MoF pada 2019, kerajaan perlu memberikan jaminan bagi RM6.2 bilion untuk membiayai cadangan pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi berkenaan.

Baca juga:   KWSP bincang pemansuhan kriteria i-Sinar bersama Menteri Kewangan

Beliau menegaskan, jaminan itu akan mendedahkan kerajaan kepada risiko kewangan di mana hasil kutipan daripada rakyat juga yang akan digunakan untuk menanggung risiko berkenaan, selain isu berkaitan diskaun atau bayaran pampasan.

Baca juga:   Kerajaan wajar kaji rasional penerusan daftar MySejahtera

“Kerajaan tidak wajar menggunakan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk memberi kemudahan kepada rakyat, sebagai pampasan.

“Sama ada diskaun 18 peratus atau 30 peratus atau apa-apa peratusan yang dicadangkan, kesemuanya melibatkan bayaran pampasan dan bukannya secara percuma.

“Rancangan kerajaan hari ini juga berbeza dengan pelan Pakatan Harapan di mana tol atau caj kesesakan akan terus dikutip selepas konsesi tol dikutip seperti dalam kenyataan menteri kewangan kerajaan PH bertarikh 26 Jun 2019.

“Adalah lebih wajar, kerajaan seperti cadangan terkini ini memastikan tiada kenaikan kadar tol yang tidak memerlukan sebarang pampasan tunai dibayar. Perlu juga diambil perhatian bahawa kesemua perjanjian adalah janji kerajaan bersama pihak swasta yang sentiasa dipantau dengan rapat oleh pihak pelabur,” katanya.

Fadillah berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan janji kosong atau melaksanakan sesuatu yang akan menjejaskan keyakinan pelabur.

“Oleh yang demikian, setelah mengambil kira kesemua faktor-faktor ini, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan terbaru ini di mana tiada lagi pemegang saham. Ia dilaksanakan secara sukarela oleh pemegang saham sedia ada.

“Tiada elemen ‘nationalization’ seperti cadangan sebelum ini dan kadar tol akan kekal seperti sedia ada.

“Oleh kerana tiada pemegang saham, tiada elemen komersial seperti bayaran dividen yang akan meningkatkan kos. Tempoh konsesi dari sekarang hanya untuk menanggung kos kewangan, operasi dan penyelenggaraan,” katanya.

Baca juga:   Wanita cadang projek karpet kepada syarikat suami didakwa
Baca juga:   Usul ordinan darurat dibahas di Parlimen September ini

Isnin lalu, Fadillah mengumumkan sebuah syarikat swasta akan mengambil alih konsesi KESAS, SMART, SPRINT dan LDP, iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) yang semua pemegang sahamnya bukan berasaskan keuntungan dan dipengerusikan Tan Sri Azlan Mohd Zainol.

Penstrukturan semula menerusi kaedah itu menyaksikan tiada lagi pemegang saham dalam apa juga bentuk seperti dividen.

Wartawan

Terkini

Fasa pertama pemasangan lokar sekolah selesai hujung bulan ini

FASA pertama pemasangan lokar sekolah dijadual akan dapat diselesaikan hujung bulan ini. Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, ada lima...

Lagi Artikel Berkaitan