27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Sosej daging babi dirampas dari warga China positif ASF

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRODUK sosej daging babi yang dirampas daripada seorang warga China pada 26 Mac lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF).

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam satu kenyataan menyatakan, sosej daging babi seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM350 itu dirampas daripada lelaki warga China yang meletakkannya dalam bagasi tangan.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi berkenaan untuk diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar dan hasil ujian makmal mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit ASF.

“Prosedur ujian ini dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas.

“Semua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawaian yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.

Baca juga:   Wanita hanyut bersama kereta ditemukan selepas 15 jam

Untuk rekod, Malaysia mengenakan larangan membawa masuk produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit ASF termasuk penumpang di laluan udara yang membawa bagasi tangan bagi menghalang risiko kemasukan penyakit itu.

Menurut MAQIS penyakit ASF mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi hingga 100 peratus babi peliharaan yang boleh melumpuhkan industri ternakan babi dalam masa yang singkat.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Hartanah Malaysia, Singapura, Thailand pilihan warga China

Terkini

Cecair vape kena cukai bermula hari ini

CUKAI bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter akan berkuat kuasa bermula hari ini. Perkara...

Lagi Artikel Berkaitan