32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Roti burger berkulat, restoran makanan segera dikompaun

Pengadu juga mendakwa ayam goreng dibeli di premis makanan segera itu pada pukul 6.30 petang juga tidak masak sepenuhnya dan berbau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH restoran makanan segera terkenal di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mematuhi aspek kebersihan penyediaan makanan.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas aduan ketidakpuasan hati seorang pelanggan tular dalam laman sosial sejak semalam.

Menurut kenyataan PKD Kemaman, kompaun di bawah Akta 35 (1) (B) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 itu dikeluarkan dalam satu serbuan di premis berkenaan pada pukul 4 petang semalam.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pasukan penguat kuasa terbabit mendapati bekas meletak sos tidak diselenggara dengan baik selain kebersihan tandas dan dapur juga kurang memuaskan.

“Sistem perangkap minyak turut didapati tidak diselenggara dengan betul dan longkang di belakang premis tersebut kotor,” kata kenyataan itu.

Baca juga:   'Town hall' bincang isu gelandangan di ibu negara akhir bulan ini

Sehubungan itu, pengurusan restoran makanan segera tersebut telah diarahkan untuk meningkatkan kebersihan dalam tempoh 14 hari selaras Seksyen 10 Akta Makanan 1983.

Terdahulu, tular seorang wanita dikenali sebagai Dhia Fadhila mendakwa menerima roti burger yang sudah berkulat dari sebuah restoran makanan segera terkenal di daerah Kemaman, kelmarin.

Dia juga mendakwa ayam goreng dibeli di premis makanan segera itu pada pukul 6.30 petang juga tidak masak sepenuhnya dan berbau seakan-akan stok lama.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Anggota polis ditahan kes dera anak teman wanita

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan