25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harga runcit minyak masak botol kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol dikekalkan bagi tempoh 8 November hingga 7 Disember depan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN menerusi kenyataan berkata, harga yang ditetapkan adalah RM6.90 bagi satu kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

“Keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan sebarang bentuk kenaikan harga barangan tidak munasabah.

“Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, turut diteruskan adalah peranan kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, menurut KPDN, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dikenakan penalti.

“Individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

“KPDN akan meneruskan pemantauan di samping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; emel ke [email protected]; aplikasi Ez ADU KPDN atau bilik gerakan penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan