30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Deepavali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan dua juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya kendaliannya menjelang cuti Deepavali mulai Ahad ini.

Berikutan itu, PLUS memaklumkan pihaknya menyediakan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk perjalanan balik kampung dan kembali ke Lembah Klang, bermula 10 hingga 14 November. 

Katanya, jadual itu membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka, sekali gus membolehkan PLUS mengurangkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di lebuh raya secara serentak.

“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya – yang boleh mengganggu perjalanan. 

Advertisements

“Oleh itu, PLUS menasihatkan orang ramai menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA dikeluarkan,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, PLUS berkata selain mendapatkan jadual berkenaan di laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik dan Aplikasi PLUS. 

Selain itu, maklumat juga boleh diperoleh melalui Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta mengikuti siaran radio utama negara.

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan