25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

HONOR kuasai pasaran telefon pintar China suku ketiga 2023

Mesti Baca

HONOR mengukuhkan dominasinya dalam pasaran telefon pintar di China susulan kejayaan HONOR Magic V2 tahap flagship yang membanggakan.

HONOR pada suku ketiga (Q3) tahun 2023 melonjak ke tangga pertama dalam pasaran saham jualan telefon pintar China, mengatasi pesaing lain dalam industri dan meletakkan standard baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat.

HONOR dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan laporan analisis pasaran yang turut merujuk kepada sumber-sumber boleh dipercayai termasuk Counterpoint, Canalys, dan IDC, tidak dapat disangkal lagi apabila angka-angka menunjukkan prestasi HONOR yang membanggakan pada suku ketiga 2023.

“Mencatat sejarah sebagai satu kejayaan terbesar HONOR setakat ini, HONOR Magic V2 menjadi tonggak utama apabila tampil mengubah kategori telefon pintar boleh lipat.

“Walaupun mengalami kemerosotan sebanyak 5 peratus dalam pasaran telefon mudah alih, Q3 menyaksikan persaingan sengit dalam segmen telefon pintar mewah.

Advertisements

“HONOR muncul sebagai pemain utama hasil telefon pintar boleh lipatnya yang inovatif.

“Ketika pesaing lain seperti Huawei dan Apple masing-masing memperkenalkan peranti flagship mereka, HONOR Magic V2 berjaya meraih perhatian yang memberangsangkan, malah mendapat banyak permintaan dengan harganya yang lebih mahal daripada harga pasaran,” kata kenyataan itu.

HONOR berkata, Kejayaan ini turut membawa impak yang positif terhadap lain-lain produk HONOR, sekaligus mengukuhkan kewujudan jenama ini dalam pasaran.

“Menurut data Counterpoint, HONOR Magic V2 menjadi telefon pintar “boleh lipat yang besar” paling laris terjual di China, menguasai lebih 50 peratus pasaran saham dalam kategori ini.

“Kejayaan membanggakan ini membuktikan HONOR bertapak kukuh dalam pasaran China dan mampu memenuhi kehendak pengguna yang dahagakan inovasi telefon pintar lain dari yang lain,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan