30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei

Mesti Baca

TEL AVIV – Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. Perumpamaan itu tepat sekali bagi menggambarkan sikap terhegeh-hegeh rejim Zionis Israel yang ingin menjalinkan hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Hasrat itu disuarakan oleh Duta Besar Israel ke Singapura, Sagi Karni dalam temu bual dengan The Jerusalem Post.

Tiga negara Islam di Asia Tenggara itu tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis Israel sebagai tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin yang dizalimi di tanah air sendiri.

Karni seolah-olah tidak memahami jati diri dan pendirian umat Islam di ketiga-tiga negara apabila yakin hubungan antara rejim Zionis Israel dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei boleh memperbetulkan salam faham dalam isu Palestin.

Secara melulu, dia menuduh pemimpin ketiga-tiga negara itu bersikap tidak jujur dan tidak menilai keadaan sebenar dalam konflik di Palestin.

Malah, Karni cuba memperlekehkan kebijaksanaan umat Islam di tiga negara terbabit apabila cuba memutarbelitkan fakta dengan menyatakan bahawa rejim Zionis Israel hanya memerangi Hamas dan bukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

Baca juga:   Kerajaan pertimbang cadangan lanjut i-Sinar, i-Lestari

“Hamas adalah sebuah pertubuhan anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu dalam media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya.

Dia menambah, rejim Zionis Israel bersedia untuk berbincang dan bertemu dengan pemimpin ketiga-tiga negara terbabit.

Selain Singapura, Israel mempunyai kedutaan di negara-negara ASEAN yang lain seperti Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar.

Baca juga:   Kerajaan pertimbang cadangan lanjut i-Sinar, i-Lestari

Walau bagaimanapun, idea Karni itu bakal menjadi angan-angan kosong selepas serangan ganas rejim Zionis Israel di Gaza baru-baru ini.

Umat Islam di Malaysia, Indonesia dan Brunei menyuarakan bantahan keras terhadap serangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang beribadah di Masjid al-Aqsa.

Sejak dahulu lagi, Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara yang sah ekoran tindakan biadab rejim Zionis merampas tanah rakyat Palestin dan menzalimi mereka.

Empat negara Arab iaitu Bahrain, Sudan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi bersetuju mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis Israel di bawah perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat (AS).

Baca juga:   COVID-19 Indonesia semakin buruk, 40,000 kes dilaporkan

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan