26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Buka sidang Parlimen bukti kerajaan bersikap terbuka

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pembukaan sidang Parlimen akan memperlihatkan kesungguhan kerajaan yang bersikap terbuka dalam menerima cadangan atau kritikan untuk mengawal situasi semasa di negara ini.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen berkata, langkah itu tidak seharusnya dianggap sebagai pembaziran masa.

Menurut beliau, segala inisiatif termasuk sekatan pergerakan penuh kelihatan seperti tidak mengurangkan jumlah kes jangkitan harian dan rakyat mula mempersoalkan keberkesanan pengisytiharan darurat sejak Januari lalu.

“Pada hemat saya, pembukaan Parlimen tidak boleh ditangguhkan lagi. Rakyat berhak untuk mengetahui progres kerajaan mengendali penularan wabak COVID-19.

“Inilah masanya kerajaan membuktikan ketelusan tadbir urus dengan menjawab persoalan daripada wakil-wakil rakyat.

“Keengganan pembukaan sidang Parlimen memberi mesej yang negatif seolah-olah kerajaan ingin mengelak daripada segala persoalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 15 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Baca juga:   Wajib patuh pendirian UMNO isu Ordinan Darurat

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudin berkata, Seri Paduka menzahirkan pandangan itu setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas Al-Sultan Abdullah selesai berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Baca juga:   Agong titah semua pihak amal demokrasi bermusyawarah

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah amat menyedari peranan Parlimen sebagai platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.

Selain itu, Raja-raja Melayu berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Dalam semangat tersebut, Raja-raja Melayu menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Chia Zhen menambah, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said telah mencadangkan agar persidangan Parlimen dilakukan secara maya.

Beliau memberitahu, ahli-ahli Parlimen pembangkang didakwa tidak akan berhenti mencetuskan kekecohan dan memboikot inisiatif kerajaan selagi sidang Parlimen tidak dibuka.

“Adalah wajar sekiranya sidang Parlimen dibenarkan berlangsung, persoalan-persoalan dijawab di dalam dewan, biar rakyat menilai,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   'Keberahian' terhadap jawatan PM jatuhkan kerajaan PH - Hishamuddin Rais

Terkini

PPN bawa sinar terang di hujung terowong

PELAN Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan sejak Jun lalu ternyata telah berjaya membawa sinar yang terang di hujung...

Lagi Artikel Berkaitan