30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Brunei sumbang peralatan perubatan RM1.7 juta kepada Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia hari ini menerima  sumbangan bernilai RM1.7 juta dalam bentuk alat bantuan pernafasan dan PCR Covid-19 test kits daripada Kerajaan Brunei Darussalam.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peralatan tersebut akan ditempatkan di hospital kerajaan di Wilayah Persekutuan, Labuan dan Sarawak.

Katanya, beliau hari ini mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd. Yusof berhubung sumbangan tersebut.

‘’Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya telah menzahirkan ucapan terima kasih terhadap keprihatinan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Brunei Darussalam sebagai negara jiran terdekat Malaysia. 

HISHAMMUDDIN HUSSEIN

‘’Saya berharap sumbangan yang berharga ini akan membantu sistem kesihatan Malaysia di Labuan, Sabah dan Sarawak dalam mendepani situasi semasa,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, Malaysia amat menghargai sokongan penuh dan kerjasama berterusan daripada Kerajaan Brunei Darussalam dalam menangani penularan pandemik Covid-19. 

Baca juga:   Surat Istana Negara kepada PM disahkan palsu

‘’Melalui sumbangan ini, saya percaya hubungan sedia ada di antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam akan diperkukuhkan lagi demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.

Dato Erywan dan saya juga telah memperbaharui komitmen kedua-dua negara untuk terus bekerjasama dan saling membantu terutamanya dalam situasi semasa pandemik Covid-19,’’ katanya.

Beliau berkata, sejak Mac 2020, Negara Brunei Darussalam merupakan antara negara pertama yang bekerjasama dengan Malaysia untuk mendepani cabaran serta impak berikutan penularan pandemik COVID-19. 

Baca juga:   Gaduh: 11 pekerja kilang warga Myanmar ditahan

‘’Antaranya termasuklah beberapa misi repatriasi rakyat kedua-dua negara dari Arab Saudi, India, Kemboja, Mesir, dan Sri Lanka serta memudahcara urusan pulang rakyat kedua-dua negara ke Malaysia dan Brunei.

‘’Sumbangan Brunei ini mempamerkan hubungan diplomatik erat dan istimewa yang telah terjalin selama 37 tahun antara kedua-dua negara. Ini turut menunjukkan komitmen tinggi kedua-dua negara sebagai negara anggota ASEAN dalam menangani krisis Covid-19,’’ katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan