28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MDEC, PitchIN tawar revolusi tempahan bilik dikuasai realiti maya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), bekerjasama dengan platform ekuiti pendanaan awam, PitchIN hari ini melaksanakan kaedah berevolusi untuk melancong dan menempah bilik hotel yang disokong oleh platform realiti maya, Igoroom.

Igotopia (Syarikat Induk) akan dibentuk melalui anak syarikat milik penuh Gecko Digital Global Limited dan Igotrip Sdn. Bhd. (yang beroperasi sebagai Igoroom).

Ia berjaya mengumpulkan RM5.9 juta dalam dana ekuiti dan dalam usaha untuk mencapai RM8.2 juta, yang merupakan pendanaan terbesar seumpamanya di Malaysia.

Naib Presiden Bahagian Ekosistem Teknologi dan Globalisasi MDEC, G. Gopi berkata, inisiatif awam dan swasta ini sangat penting dalam merealisasikan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Malaysia 5.0, iaitu hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi bagi memberikan peluang digital yang adil kepada rakyat dan perniagaan. 

“MDEC akan terus menjalin kerjasama dengan platform seperti pitchIN untuk memfasilitasi dan mengatur dana alternatif supaya dapat menjadi pemangkinan kepada pertumbuhan ekosistem permula tempatan dan seterusnya mengembangkan Unicorn kita sendiri,” katanya dalam kenyataan oleh MDEC.

Menurut kenyataan itu, sejak tahun lepas, MDEC telah memfasilitasi pembiayaan berjumlah RM48.3 juta untuk 26 syarikat permula tempatan di platform pendanaan ekuiti awam. Ini merupakan langkah penting supaya syarikat kategori berkenaan dapat terus bertahan dan berkembang pada masa sukar ini disebabkan cabaran pandemik Covid-19. 

“Agensi pelancongan dalam talian Igotopia Igoroom akan dikendalikan secara realiti maya yang memberi tumpuan untuk menawarkan pengalaman perjalanan mewah yang bersesuaian di seluruh dunia membabitkan resort dan hotel terkenal dengan memanfaatkan realiti maya.

“Igoroom merupakan aplikasi penyelesaian yang memberi pengalaman baharu dengan memacu navigasi berdasarkan penggunaan pengalaman pengguna (UX) dan rekaan antara muka pengguna (UI),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, ciptaan itu yang inovatif serta mencetus revolusi dalam kaedah menempah hotel. 

“Pengalaman mendalam yang bermakna ini membabitkan penemuan lokasi (udara, dalaman, bawah air VR) dengan perbandingan interaktif hartanah dan kemudahan hotel melalui perintis lawatan VR360 secara mendalam.

Advertisements

“Ketika kesan pandemik mulai berkurangan, Igoroom akan mula melaksanakan pakej menginap untuk pelancong tempatan dan ‘beli sekarang menginap kemudian’ untuk pelancong luar negara supaya dapat memanfaatkan permintaan yang tertangguh,” kata kenyataan berkenaan.

Igoroom dan Gecko Digital kata kenyataan itu, sudah bersedia untuk memanfaatkan insentif ‘staycation’ menerusi konsep ‘beli sekarang menginap kemudian’ di kawasan yang sudah mula mencatatkan permintaan tinggi setelah sekatan perjalanan mula dilonggarkan terutamanya melibatkan pasaran berpotensi besar dan destinasi pelancongan mewah. 

Antara pelabur yang terlibat ialah Burhanuddin Md Radzi yang terkenal menerusi filem animasi Upin & Ipin, Poon Yew Hoe, rakan pengurusan Crowe Malaysia yang juga firma perakaunan kelima terbesar di Malaysia dan Joost Folkers yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan syarikat multinasional.

Burhanuddin telah menjadi pelabur urus niaga ekutiti pendanaan awam terbesar di Malaysia menerusi pelaburan melebihi RM3 juta dalam Igotopia. 

Beliau yakin syarikat itu akan melaksanakan projek berkenaan dengan berkesan apabila menyasarkan pelancong berpendapatan sederhana dan tinggi iaitu dua segmen yang diharapkan dapat kembali menyuntik pemulihan sektor ini. 

“Saya percaya ini akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mempercepatkan gelombang pemulihan kerana pelancong di Eropah dan Asia teruja untuk memulakan perjalanan,” katanya.

Igotopia telah mengumpulkan pasukan pengurusan dan lembaga penasihat yang mantap apabila dikendalikan oleh Ketua Pegawai  Eksekutif, James South, Matthew Barsing pula selaku Ketua Pegawai Komersial manakala Daniel Hofinger sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. 

Turut terlibat ialah Shaun Bicheno yang diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi. Panel penasihat pula terdiri daripada Michael Flynn, yang merupakan veteran dalam industri pelancongan dan hospitaliti selain Burhanuddin dan Bobby Varanasi yang merupakan pengasas Matryzel Consulting iaitu sebuah firma penasihat bebas. 

Turut menyertai panel ini ialah Joost Folkers yang berpengalaman sebagai Ketua Pegawai Kewangan di pelbagai negara dan juga memiliki kepakaran dan dalam segmen barangan pengguna cepat laris (FMCG) di Eropah dan Asia.

Poon Yew Hoe pula merupakan rakan pengurusan Crowe Malaysia, sebuah firma perakaunan yang memiliki 14 pejabat di Malaysia dan Kemboja manakala Victor Chua dari Vynn Capital yang berpangkalan di Malaysia turut terlibat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan